aku ada buat research pasal Tunku abd rahman..boleh jadikan sebagai cebisan ilmu...
Tokoh kemerdekaan : “Tunku Abdul Rahman Putra Al haj”
Perdana Menteri Malaysia Pertama (1957-1970) Bapa kemerdekaan”
1.0 Pengenalan
Perpaduan merupakan elemen yang penting dalam membentuk dan membina sebuah masyarakat yang merdeka dan aman sejahtera. Konsep Masyarakat menurut Dr Zaid Ahmad et al.(2006) adalah “ Sekumpulan manusia yang berkongsi budaya yang sama , menduduki kawasan yang khas dan merasai kewujudan mereka sebagai satu entiti yang bersatu padu dan berbeza yang lain”. Dalam hal ini, memupuk perpaduan di kalangan rakyat memerlukan pengorbanan dan tolak- ansur yang tinggi bagi menjamin pemuakatan sejagat.
Hal ini kerana, bukan mudah untuk memenuhi kehendak semua pihak , sesetengah perkara jika tidak diberi perhatian yang mendalam, berkemungkinan besar akan mencetuskan perbalahan dan persengkataan. Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab dan peranan para pemimpin yang dilantik untuk memastikan amalan “ kekitaan” masih lagi dijalankan dan rakyat boleh menjalankan bekerjasama tanpa wujud perasaan tidak puas hati dan berat sebelah.
Jika dilihat melalui perspektif sejarah, telah berlaku perubahan pada konsep perkongsian nilai masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Jika dahulu, oleh kerana berlakunya perbezaan kelompok sosial di kalangan kaum Melayu, Cina dan India, maka integrasi sosial tidak dapat dilaksanakan. Pemerintahan pihak British yang mahu melihat tiga kaum ini supaya tidak bersatu kerana bimbang akan berlaku rusuhan atapun kerjasama yang megugat kpentingan mereka untuk megaut keuntungan hasil bumi.
Malaysia merupakan negara yang unik. Negara-negara di sekitarnya memandang Malaysia sebagai sebuah negara yang berjaya mengekalkan keamanan dan kesejahteraan politiknya. Walaupun, Malaysia adalah sebuah negara yang kecil namun disebabkan kebijaksanaan pemimpin-pemimpinnya , Malaysia mampu menempah nama di Persada Dunia. Kestabilan politik dan pertumbuhan ekonominya meningkat dan stabil dari tahun ke tahun .
Hal ini menarik minat negara lain untuk menjadikan Malaysia sebagai model dan rakan dalam perlaburan dan kerjasama dalam menjalankan dasar sesuatu polisi Hubungan Antarabangsa. Selain itu, Masyarakat di Malaysia sebenarnya terdiri daripada tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India serta bangsa lain-lain di Negeri sabah dan Sarawak. Kepelbagaian kaum dan etnik ini sememangnya menguntungkan Kerajaan Malaysia.
Walaupun pada dasarnya , rakyatnya terdiri dari berbilang bangsa dan agama namun, Malaysia sehingga hari ini masih lagi mampu berdiri di bawah satu payung perpaduan dan keamanan. Dari perspektif Sejarah, Pemerintahan Pihak British semasa menjajah Tanah Melayu dahulu telah menbuatkan jurang kaum di antara tiga kaum utama ini. Dasar “ Pecah “ dan “ Perintah” yang diamalkan oleh pihak British menyebabkan wujudnya pecahan kelompok dalam sistem sosial Melayu tradisional di Tanah Melayu. Pepecahan kelompok ini berlaku disebabkan berlakunya perbezaan aktiviti dan tempat tinggal. ( Ruslan Zainuddin, 2004).
Penduduk Melayu yang menjalankan aktiviti sebagai petani dan peladang mendiami kawasan pedalaman seperti kampung. Manakala, Kaum Cina pula menceburi bidang ekonomi dan perlombongan bijih timah dan kelompok sosial ini kebanyakkannya menduduki kawasan pekan dan Bandar. Selain itu, kaum India pula lebih cenderung menjalankan aktiviti perladangan getah dan kopi dan mendirikan kediaman di tempat berhampiran.
Melihat keadaan ini, integrasi sosial seperti yang nyatakan oleh Ting ( seperti yang dipetik dalam Dr Zaid Ahmad et al , 2006, 11) iaitu “ proses menyatupadukan berbagai-bagai kelompok dalam masyarakat melalui satu identiti bersama dengan menghapuskan perbezaan dan identiti masing-masing” perlulah diterapkan. Tambahan lagi, permuakatan dan penyatupaduan di dalam masyarakat merupakan suatu yang subjektif kerana ia membabitkan tindakan menerima dan menghormati kepentingan orang lain demi menwujudkan semangat kerjasama sejagat.
Jika kita mengimbas kembali sejarah, peristiwa menuntut kemerdekaan 1957 merupakan titik tolak dalam mewujudkan integrasi sosial di kalangan rakyat. Penubuhan parti perikatan yang terdiri daripada tiga komponen parti iaitu UMNO ( United Malays National Organization) , MCA ( Malayan Chinese Association), dan MIC ( Malayan Indian Association) akhirnya telah berjaya memenangi pilihanraya umum 1955, dan kejayaan tersebut membantu menyakinkan lagi pihak British bagi menyerahkan kemerdekaan kepada penduduk tempatan supaya menjalankan pemerintahan sendiri. ( Rohani dan Mohammad Idris, 2004).
Setelah mengecapi kemerdekaan 1957, perkara pertama yang dilakukan oleh pemimpin kita Tunku Abdul Rahman Putra al-haj adalah menyemai perpaduan di kalangan rakyatnya.Walaupun pada masa tersebut, Tanah Melayu masih lagi di tahap yang lemah dari aspek pembangunan dan ekonomi, namun beliau telah mencadangkan penubuhan Gagasan Malaysia iaitu usaha untuk mengabungkan Semenanjung Tanah Melayu dengan Sabah dan Sarawak serta Singapura.
Walaupun penduduk bumiputera Sabah dan Sarawak terdiri daripada pelbagai etnik dan kaum, namun Tunku Abdul Rahman masih lagi meneruskan penubuhan gagasan Malaysia. Hal ini kerana, jika perpaduan dapat dipupuk di kalangan rakyat tersebut, maka kepelbagaian kaum atau budaya bukan lagi merupakan masalah yang besar. Oleh yang demikian, Setelah Sabah dan Sarawak menerima cadangan gagasan Malaysia, Tunku Abdul Rahman telah menjalankan pelbagai dasar dan polisi kerajaan agar matlamat untuk menyatupadukan rakyat dapat dicapai.
2.0 Latar Belakang Tokoh
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj merupakan seorang putera raja yang telah menyalurkan tenaganya ke arah mencapai kemerdekaan dan keharmonian negara. Keberanian dan kebijaksanaan beliau dalam menjalankan pemerintahan negara buat pertama kalinya negara apabila mendapat kemerdekaan daripada British tidak pernah dilupakan. Keunggulan beliau mendapat kemerdekaan itu sendiri menjadi kebanggaan buat rakyat generasi hari ini, kerana kita tidak perlu menumpahkan darah setitik sekalipun demi menuntut hak berkerajaan sendiri.
Dalam hal ini, pakatan dan rundingan antara dua pihak secara jelas membuktikan bahawa itu adalah jalan yang terbaik dalam menyelesaikan apa-apa sahaja masalah yang di alami. Allahyaraham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj merupakan putera Sultan Abdul Halim Halimshah, Sultan Kedah yang ke 24 dan dilahirkan pada 8 Februari 1903 di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar, Kedah. Pada ketika itu negeri Kedah adalah salah sebuah negeri di bawah naungan Siam. Seperti yang dipetik oleh Sheppard ( 1998) dalam bukunya Tunku A pictorial Biography ;
“… He was born on 8th February 1903 in Alor Star in a three storeyed building which resembled a chinese Pagoda. Some of his earliest memories are of glazed tiles, covered with green dragons which formed a frieze decorating the upper walls of the interior: of a number of other building which together with the pagoda formed a palace complex of high wall which surrounded these building and separated them from the outside world and of a small, slow moving river, the sungei raja where he swam by day and heard crocodiles fighting at night. Pp 25”
Selain itu, beliau adalah anakanda kepada Sultan Kedah, Sultan Abdul Hamid Shah. Manakala, ibunya bernama Cik Manjalara merupakan seorang puteri Ketua Negeri Mataban, dalam jajahan Siam Ibu Tunku Abdul Rahman nerupakan anak kepada Luang Nara Borriak. Ayahnya telah serahkan oleh Chao Phya Maha Kota and Khun Yip Sup (Lady Sup). Menurut sejarah, Chao Phya Maha Kota merupakan ketua negeri Mataban dan apabila burma di serang pada tahun 1774, seluruh keluarganya berhijrah ke Bangkok membina tempat yang baru dan. Dalam hal ini, sebahagian daripada warisan harta pusaka di warisi oleh ibu Tunku sendiri.( Sheppard,1998).
Di samping itu, menurut Sheppard (1998), tunku sangat dikenali oleh orang ramai berbanding dengan saudara mara beliau yang lain. Beliau dikenali sebagai Tunku Putra dan ayahnya sendiri mengelar beliau sebagai Putra sepanjang hayatnya. Tetapi ibunya dan saudara kandungnya yang lain memanggil beliau dengan gelaran Awang. Di kedah perkataan “Awang” merupakan gelaran yang diberikan kepada budak lelaki yang tinggal di tanah sawah yang menpunyai kulit sawo matang akibat daripada panas matahari. Dalam hal ini, kulit Tunku Abdul Rahman sebenarnya lebih gelap daripada saudara kandungnya yang lain dan beliau juga seringkali digelar “ Kampong Boy”.
3.0 Latar Pendidikan Tokoh
Pendidikan formal Allahyaraham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bermula ketika berusia 6 tahun di sekolah Melayu dan seterusnya di Sekolah Inggeris Kerajaan yang kini dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Halim. Seperti yang dipetik oleh Sheppard (1998) dalam bukunya Tunku A Pictorial Biography berkaitan tentang pendidikan Tunku Abdul Rahman Putra al- Haj.
“ Tunku Abdul Rahman Education Started when he was about six years old and the only malay elementary school in Alor Star. His mother hoped that school would keep him out of mischief but he often ran away from class. When a small English medium school was opened by a teacher named Mohammed Iskandar, Tunku’s Moher sent him there instead. In the afternoon, Tunku was taught to read Quran.”
Kemudian Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dihantar belajar di Siam di Sekolah Debsirinder, Bangkok ketika berusia 12 tahun. Apabila kekandanya Tunku Yusuf yang menjaganya di Bangkok meninggal dunia, Allahyaraham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj berpindah ke Penang Free School, Pulau Pinang pada tahun 1915. Kemudian, Tunku Abdul Rahman menerima biasiswa kerajaan negeri untuk belajar di Universiti Cambridge, England. Tunku menerima Ijazah Bachelor of Arts pada 1925 dan kemudian meneruskan pendidikan di sekolah undang-undang di Inner Temple. Enam tahun kemudian Tunku pulang tanpa menamatkan pelajarannya.
Pada tahun 1919, Allahyaraham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah dikurniakan hadiah pelajaran negeri Kedah ke England dan menerima Ijazah Sarjana Muda Sastera (Sejarah) dari St. Catherine's College, Universiti Cambridge pada tahun 1925. Allahyaraham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bolehlah dianggap sebagai anak Melayu yang pertama lulus universiti di England. (Sheppard,1998 ).Selepas itu, Allahyaraham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj meneruskan pula pengajiannya dalam bidang perundangan di Inner Temple, England.
Semasa menuntut di England, jiwanya tersentuh dengan lagak bangsa penjajah yang memandang rendah kepada bangsa yang dijajah. Ini mendorongnya menubuhkan 'Persatuan Anak-anak Melayu Great Britian' pada tahun 1927 yang bertujuan menyatupadukan pelajar-pelajar Melayu di sana serta menyemaikan semangat Kemerdekaan. Beliau juga menyertai 'Majlis' iaitu sebuah persatuan pelajar India -Muslim yang melaung-laungkan sentimen anti-penjajah British. Di sinilah beliau mula berjinak dalam bidang politik apabila menubuhkan Kesatuan Melayu Great Britain dan menjadi setiausahanya yang pertama.
Bagaimanapun, Apabila Allahyaraham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj gagal dalam peperiksaan, beliau pulang ke tanah air dan berkhidmat sebagai Pegawai Daerah di beberapa tempat di Kedah. Sekembalinya ke tanah air pada tahun 1931 Allahyaraham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj memasuki Perhidmatan Awam Negeri Kedah dan pernah berkhidmat sebagai Pegawai Daerah Kuala Muda, Padang Terap. Kuala Nerang, Pulau Langkawi dan Kulim. Pada tahun 1938 sekali lagi Allahyaraham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ke England, kali ini untuk mengikut kursus undang-undang namun pengajiannya terbantut apabila meletusnya Perang Dunia Kedua.
Di London pada "zaman sekolah kali kedua" inilah Tunku bertemu dengan Abdul Razak Hussein (kemudiannya Datuk dan Tun). Pada masa itu Tunku adalah Presiden Persatuan Melayu Great Britain and Abdul Razak yang berumur 26 pada masa itu, merupakan setiausahanya. Pada 1949, beliau pulang ke Tanah Melayu. Kepulangan itu ternyata bukan merupakan akhiran sebuah perjalanan tetapi permulaan satu kehidupan yang baru. Pada mulanya, beliau dihantar ke pejabat Pegawai Undang-undang di Alor Star. Kemudian beliau memohon untuk bertukar ke Kuala Lumpur.
Di Kuala Lumpur, Tunku menjadi Timbalan Pendakwa Raya, walaupun menerima gaji yang sama seperti di Alor Star, tetapi mendapat elaun bulanan sebanyak RM150. Kemudian, beliau dilantik sebagai Presiden Mahkamah Sesi. Allahyaraham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj kembali ke tanah air dan bergiat cergas dalam SABERKAS. SABERKAS adalah singkatan kepada 'Syarikat Berkerjasama Am Saiburi'. Dalam hal ini, Saiburi adalah nama Kedah dalam bahasa Siam namun maksud sebenarnya ialah 'Sayang Akan Bangsa Redha Korban Apa Segala'.
Selain itu, beliau banyak melakukan kerja-kerja kebajikan semasa pemerintahan tentera Jepun. Apabila Jepun menyerah kalah dan British kembali muncul, Allahyaraham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj menyertai Kesatuan Melayu Kedah. Demi menyempurnakan cita-citanya menjadi seorang peguam pada tahun 1947, Allahyaraham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ke England sekali lagi untuk meyambung pengajian undang-undangnya setelah tergendala selama 25 tahun. Pada tahun 1949 Allahyaraham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj lulus dari Cambridge Universiti dan ditauliahkan sebagai peguam.Sekembalinya ke tanah air Allahyaraham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bertugas sebagai Pendakwaraya di Perkhidmatan Kehakiman Kuala Lumpur.
Semasa pemerintahan Jepun, Allahyaraham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah diberi jawatan sebagai Penyelia Pelajaran negeri Kedah. (........................) Di antara tahun 1947 hingga 1949 berlaku pergolakan politik yang hebat di Tanah Melayu. Pada masa itulah Allahyaraham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj kembali ke England untuk meneruskan pengajian perundangan beliau di Inns of Court dan kembali ke tanah air dengan segulung ijazah peguam dan harapan untuk mengembangkan dasar demokrasi. Pada masa itu beliau berumur 45 tahun dan telah pun berkahwin dengan Sharifah Rodziah bt. Syed Alwi Barakbah Tunku dan dikurniakan tujuh orang cahayamata. Walau bagaimanapun, Allahyaraham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pernah berkahwin sebelumnya dengan seorang gadis bernama Meriam pada tahun 1933, malangnya Meriam meninggal dunia akibat demam malaria.
Allahyaraham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pernah juga berkahwin dengan Violet Coulson pada tahun 1935 tetapi perkahwinan itu tidak berkekalan. Penglibatan Allahyaraham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dalam parti UMNO membawa kepada perlantikannya sebagai Perdana Menteri yang pertama selepas kemerdekaan dari 1957 hinggalah beliau bersara pada tahun 1970. Pada 6 Disember 1990, seluruh negara dirundung pilu kerana Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Bapa Kemerdekaan, Bapa Malaysia meninggal dunia dan dikebumikan dengan penuh hormat di tanah perkuburan keluarganya di Kedah selaku menunaikan permintaan beliau.
4.0 Peranan Dan Sumbangan
4.1 Politik
Sepanjang penglibatan Tunku Abdul Rahman dalam bidang politik, beliau banyak memberi sumbangan kepada bangsa dan negara.Beliau merupakan pembina bangsa dan cuba menyatupadukan rakyat Tanah Melayu yang berbilang kaum untuk menentang kerajaan British dan menuntut kemerdekaan bagi Tanah Melayu. Demi perpaduan orang melayu, beliau sanggup menyuarakan bantahan terhadap Malayan union dan menghadiri perjumpaan-perjumpaan menentang Malayan Union di Alor Setar serta mengorbankan kerjayanya untuk mengambil alih teraju kepimpinan UMNO.
Sebagai seorang tokoh yang berjaya,beliau turut dikenal sebagai bapa keamanan dan perpaduan kerana sikapnya yang cintakan keamanan dan perpaduan.(............................).Tambahan lagi, Allahyaraham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dilantik menjadi Ketua Menteri. Di antara usaha beliau yang penting adalah cubaan menyelamatkan negara dari ancaman komunis semasa daurat dengan memberi tawaran pengampunan beramai-ramai sekiranya pengganas menyerah diri. Ini diikuti oleh Rundingan Baling pada 27 dan 28 Disember 1955 antara PKM dan kerajaan tetapi menemui jalan buntu.
Di samping itu, beliau sanggup menerima sebarang halangan dan cabaran demi perpaduan negara. Sebagai contoh,pada tahun 1955, Tunku Abdul Rahman sebagai Ketua Menteri telah mewakili kerajaan British untuk menghadiri Rundingan Baling yang dianjurkan oleh pihak parti Komunis Malaya.Walaupun rundingan ini gagal,tetapi telah berjaya mencipta imej beliau sebagai pencinta kedamaian.Tunku Abdul Rahman akhirnya membuktikan beliau sebagai pemimpin Malaysia yang paling berjaya apabila beliau berjaya menyatukan rakyat Malaysia dan mencapai kemerdekaan bagi Tanah Melayu.Kejayaan beliau menunjukkan beliau sanggup berkorban untuk negara demi menyelesaikan masalah politik negara.
Pada masa itu, semangat kebangsaan sedang marak di kalangan orang-orang Melayu, dengan Datuk Onn Jaafar mengetuai Umno dalam perjuangan menentang Malayan Union tajaan Britain. Pada Ogos 1951, kemelut mula terserlah dalam kepimpinan Umno. Krisis dalaman ini akhirnya telah menyebabkan Datuk Onn meletak jawatan sebagai presiden parti pada Oktober pada tahun itu. Ketika itu, rata-rata orang Melayu mengharapkan kepimpinan Tunku Abdul Rahman untuk menggantikan Datuk Onn. Tunku yang bersetuju mengambil alih tampuk pimpinan Umno akhirnya memegang jawatan itu selama 20 tahun.
Pada tahun-tahun pertama Tunku memimpin Umno, salah satu tugas utama beliau adalah untuk menyatukan semua kaum utama di Tanah Melayu dan mencapai satu persetujuan dalam isu-isu bersangkutan perjuangan untuk menuntut kemerdekaan.Pada awal 1952, satu pilihanraya kecil telah diadakan di majlis perbandaran Kuala Lumpur, di mana Umno dan Persatuan Cina (MCA) yang baru ditubuhkan bersetuju untuk tidak bertanding menentang satu sama lain. Hasil daripada persefahaman ini, lahirlah perikatan Umno-MCA, dan kedua-dua pihak telah muncul sebagai pemenang.
Seterusnya pada 1955, Parti Perikatan ini telah disertai oleh Kongres India Se-Tanah Melayu (MIC) yang mewakili komuniti India. Hasilnya, merupakan satu perkongsian kuasa yang sangat kukuh dan mewakili majoriti besar rakyat Tanah Melayu. Banyak isu yang sebelum ini sukar untuk diselesaikan telah menjadi jelas dan hanya memerlukan perbincangan biasa untuk mencapai kata sepakat.Dalam hal ini, zaman pendudukan Jepun telah benar-benar melahirkan semangat kebangsaan di jiwa Allahyaraham. Allahyaraham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj adalah salah seorang yang hadir ketika Kongres Melayu Se Malaya diadakan di Kelab Sultan Sulaiman pada tahun 1946.
Pada tahun 1949, Allahyaraham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj menjadi pengerusi UMNO bahagian negeri Kedah. Apabila Dato' Onn bin Jaafar meletak jawatan sebagai Persiden UMNO, Allahyaraham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah dipilih bagi mengisi kekosongan itu pada 26 Ogos 1951. (...............................).Selain itu, sejak mengambil alih kepimpinan UMNO dari Dato' Onn, Allahyaraham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah mewujudkan kerjasama dengan MCA menubuhkan Perikatan pada tahun 1952.
Sejak itu Perikatan menjadi badan dominan yang memperjuangkan Kemerdekaan sehinggalah negara memperolehi kebebasan mutlak apabila Allahyaraham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj membacakan pengistiharan Kemerdekaan pada pagi 31 Ogos 1957 yang kini disambut setiap tahun sebagai Hari Kebangsaan - Hari menyambut kemerdekaan. Di samping itu, Allahyaraham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj membuktikan kenegarawanan beliau apabila Parti Perikatan dihasilkan bersama-sama dengan MCA dan kemudian disertai pula oleh MIC. Allahyaraham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj menegaskan kemerdekaan akan hanya dicapai melalui kerjasama di antara kaum Melayu, Cina dan India.
Kewibawaan Allahyaraham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sebagai seorang pemimpin terserlah apabila hasil rundingan Allahyaraham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dengan pihak British membawa kepada pilihanraya yang pertama pada 31 Ogos 1955 dan Parti Perikatan memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Selain itu, pada 13 Januari 1956, Allahyaraham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj mengetuai rombongan perundingan Merdeka yang disertai oleh 4 orang wakil Raja Melayu dan 4 orang wakil Parti Perikatan di Lancester House dan pada 8 Februari 1956, beliau menandatangani Perjanjian Merdeka.
Bila England dengan rasminya menurunkan bendera mereka di Kuala Lumpur pada 31 Ogos 1957, Tunku telah mengetuai orang ramai bersorak 'MERDEKA!' Gambar hitam-putih Tunku yang menjulang tangannya, dan suara beliau yang penuh emosi tetapi lantang dan tegas dalam mengetuai sorakan Merdeka itu kini merupakan gambar kenangan Kemerdekaan yang paling bermakna sehingga kini, dan menjadi peringatan paling nostalgik, sinonim kepada saat bersejarah itu. Sumbangan besar Tunku kepada negara tidak berhenti setakat itu sahaja. Selepas kemerdekaan, beliau meneruskan usaha-usaha pembinaan negara yang telah beliau bina; memupuk persefahaman antara kaum dan memajukan ekonomi untuk memperkukuhkan pentadbiran beliau.
Rancangan Tanah Melayu yang pertama, yang telah dimulakan sejak 1956, telah teruskan dalam usaha mengisi Kemerdekaan yang baru dimiliki. Pada 31 Ogos 1957, Allahyaraham Tunku Abdul Rahman melaungkan perkataan, Merdeka! Merdeka! Merdeka di Stadium Merdeka Kuala Lumpur. Allahyaraham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dilantik sebagai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu Merdeka yang pertama dan dalam masa yang sama memegang potfolio Menteri Dalam Negeri. Sebagai Perdana Menteri Malaya yang pertama, Allahyaraham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah bertindak lancar dengan mencipta polisi-polisi baru.
Tunku Abdul Rahman memulakan beberapa projek pembangunan, diantaranya ialah membina Masjid Negara, Stadium Negara, Bangunan Parlimen, Muzium Negara dan Tugu Kebangsaan. Pada tahun 1957, Pertandingan Bola sepak Piala Merdeka di buka kepada semua negara kecuali Isreal. Allahyaraham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah mengasaskan Kementerian Kebudayaan, Beliau dan Sukan dalam usaha beliau untuk memperkayakan warisan Malaysia.
4.2 Pendidikan
Setelah Malaysia mendapat kemerdekaan, banyak dasar kerajaan bekaitan pendidikan digubal dan implementasikan bagi membentuk dan membina penyatuan kurikulum yang sama. Setelah Parti Perikatan memenangi Pilihan Raya Persekutuan pertama pada tahun 1955, masalah pendidikan di Tanah Melayu dikaji semula bagi memastikan tidak wujud persoalan masalah perkauman yang menghalang proses kemerdekaan. Pada waktu ini, sudah timbul kesedaran bagi mewujudkan satu dasar pendidikan yang baru bagi mencapai perpaduan rakyat demi menjamin keteguhan dan perpaduan negara .
Maka kerajaan membentuk jawatankuasa yang dikenali sebagai penyata Razak 1956, kemudian laporan Rahman Talib menyusul dan menyambung kembali usaha untuk mencari keseragaman sistem pendidikan di Malaysia. Selain itu, laporan Hussein Onn dan laporan Mahathir pula dibentuk bagi meningkatkan lagi sistem pendidikan Malaysia supaya memenuhi kehendak dan pentingan semua pihak. Dalam hal ini, Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein merangkap menteri pelajaran ketika itu mengetuai satu jawatankuasa ditubuhkan yang terdiri daripada sembilan orang wakil Melayu dan enam orang bukan Melayu.
Laporan tersebut menpunyai 17 cadangan dengan mengambil kira matlamat akhir iaitu membentuk sistem pendidikan kebangsaan. Antaranya, penggunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dengan syarat tidak menyekat bahasa dan budaya lain di Tanah Melayu. Selain itu, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris wajib diajar di semua Sekolah Rendah dan Menengah. Dalam masa yang sama , integrasi kaum boleh dicapai melalui penggunaan sukatan pelajaran yang sama dan menggunakan buku-buku yang teks mestilah berkonsepkan kehidupan Tanah Melayu.
Selain itu, penyata Razak juga menerangkan tentang semua guru akan diletakkan di bawah satu perkhidmatan professional demi menjamin kelancaran perkhidmatan guru. Kemudian, pada 7 Mac 1957, Penyata Razak diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan dan dikenali sebagai Ordinan Pelajaran 1957. Di dalam Ordinan Pelajaran 1957 juga ditubuhkan bagi merangka satu sistem pelajaran yang dapat memenuhi keperluan negara disamping mengalakkan perkembangan sosial, ekonomi, serta politik. Hal ini jika difikirkan sememangnya sangat penting bagi mewujudkan pengajaran yang cekap dan berkesan.
Selain itu, Ordinan Pelajaran 1957 disemak semula oleh Jawatankuasa Rahman Talib. Di dalam laporan tersebut menyatakan bahawa pengunaan Bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu dapat melahirkan budaya dan identiti kebangsaan serta menyemai persefahaman dan perpaduan kaum. Selain itu, Syor-syor dalam dalam laporan Razak dan Laporan Rahman Talib dibentangkan di Parlimen serta dikuatkuasakan pada bulan Oktober 1961 sebagai Akta pelajaran 1961. Selepas Laporan Rahman Talib 1960, muncul pula laporan-laporan seperti Hussien Onn (1971) dan Laporan Mahathir 1976. Kedua-dua laporan tersebut bertujuan mengkaji semula dasar pendidikan negara yang sebelumnya berdasarkan Laporan Razak dan Laporan Rahman Talib. Di dalam Laporan Hussein Onn ini, ia diketuai oleh Hussein Onn sendiri yang menjadi Menteri Pelajaran ketika itu.
Laporan Hussein Onn menjelaskan bahawa kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan negara namun kedudukan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua turut dipelihara kerana kesedaran bahawa bahasa Inggeris sebagai Bahasa antarabangsa . Kemudian di dalam laporan Mahathir pula mengkaji tentang semula matlamat –matlamat dan keberkesanan sistem pendidikan yang diamalkan dengan tujuan memastikan keperluan tenaga manusia negara dipenuhi dalam jangka pendek dan jangka panjang .
Di samping itu, ia juga untuk memastikan sistem pendidikan ini memenuhi matlamat negara untuk melahirkan mayarakat yang bersatu , berdisiplin dan terlatih. Oleh yang demikian, matlamat utama ialah untuk untuk menyatupadukan rakyat seperti yang terdapat dalam Akta Pendidikan 1961. Hal ini kerana, perpaduan dapat dicapai melaului sistem pendidikan yang komprehensif dengan penggunaan bahasa pengantar yang sama. Oleh itu, aspek bahasa telah menjadi penekanan, dalam laporan ini matlamat pendidikan bahasa Malaysia adalah sebgaai bahasa rasmi , bahasa komunikasi utama dan bahasa untuk menyatu padukan rakyat haruslah lengkap dan jelas supaya guru-guru mendapat gambaran yang sebenar sebagai panduan dalam pengajaran seharian mereka.
Bagaimanapun, kedudukan bahasa inggeris sebagai bahasa kedua tetap dijamin. Tujuan bahasa inggeris diajar di institusi pendidikan ialah untuk membolehkan murid-murid menggunakan bahasa tersebut daam kerja dan aktivitinya serta unutk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka bagi kegunaan pendidikan tinggi. Tujuan utama laporan ini selain dari untuk mengkaji semula sistem pendidikan negara ketika itu, Dasar Pendidikan Kebangsaan (DPK) bertujuan melahirkan satu masyarakat yang bersatu padu dan berdisiplin dan memenuhi kehendak negara sebagai tonggak jentera pembangunan negara.
Selain itu, Falsafah pendidikan juga dijalankan seiring dengan matlamat kerajaan I mahu melihat rakyatnya berilmu pengetahuan yang tinggi, seimbang dan harmonis. Apa yang penting, sumbangan rakyat kepada negara kelak dalam memajukan dan meningkatkan lagi pembangunan negara. Dalam hal ini, pelbagai strategi dibuat bagi memastikan matlamat DPK dicapai dengan jayanya. Antaranya, menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama, mengadakan kurikulum yang sama dan berorentasikan Malaysia bagi semua semua jenis sekolah.
Selain itu, semua peperiksaan yang sama diwujudkan dan mengalakkan aktiviti ko-kurikulum yang memupuk disiplin seperti pasukan-pasukan kadet , tentera, kadet polis, Pengakap, Puteri Islam dan sebagainya. Disamping itu, DPK juga menitik beratkan kemudahan pendidikan di peringkat Universiti terutama dalam bidang sastera gunaan dan sains gunaan.Dalam hal ini, perpaduan antara kaum dapat disemai kerana semua pelajar tidak kira Melayu , Cina dan India menggunakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa pengantar di Sekolah.
Tambahan pula, interaksi dan komunikasi di kalangan pelajar pelbagai kaum akan dapat diwujudkan melalui perbincangan dan diskusi berkumpulan. Melihat keadaan ini, Pendekatan perpaduan melalui pendidikan mampu menjamin kerjasama dan penerimaan mereka sebagai Masyarakat Malaysia.
4.3 Hubungan Serantau
Selain itu, di peringkat antarabangsa, Allahyaraham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah mengilhamkan penubuhan Association of Shoutheast Asia (ASA) dan memeterai perjanjian penubuhannya pada tahun 1961 dengan Thailand dan Filipina. Allahyaraham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj adalah seorang yang keras menentang dasar apartied Afrika Selatan sehingga negara itu disingkirkan keahliannya dari Komanwel dalam Persidangan Komanwel di London.
Di samping itu, dalam aspek sukan Allahyaraham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj merupakan peminat sukan yang serius, beliau telah mengembangkan minatnya ke peringkat negara apabila Malaysia menganjurkan kejohanan Pestabola Merdeka pada setiap tahun yang menyumbang kepada negara ini muncul sebagai gergasi bolasepak Asia ketika itu. Pada Mei 1961, Allahyaraham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj juga bertanggungjawab menyarankan gagasan Malaysia - merangkumi Tanah Melayu, Singapura, Sarawak, Borneo Utara (kemudian dikenali sebagai Sabah) dan Brunei.
Kesemuanya kecuali Brunei menyertai gagasan tersebut dan Malaysia terbentuk pada 16 September 1963, satu gagasan persekutuan yang terdiri dari Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak. Walaubagaimanapun beliau dengan berat hati kemudiannya telah menyingkirkan Singapura dari Malaysia pada 9 Ogos 1965. Tindakannya adalah didasarkan kepada anggapannya bahawa Singapura adalah 'barah yang harus dibuang' demi mengelakkan kacau-bilau politik merebak ke seluruh negara. Bagi Allahyaraham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ini perlu dilakukan demi keamanan negara ketika itu.
Pada tahun 1969, pergolakan politik telah membawa kepada peristiwa hitam "13 Mei". Pada masa itu, beberapa pemimpin muda yang berfikiran radikal mendesak Allahyaraham untuk meletak jawatan. Beliau dikritik kerana kurang melaksanakan dasar pro-Melayu sehingga menyebabkan berlakunya rusuhan. Walau bagaimanapun Allahyaraham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj enggan berbuat demikian sehinggalah masalah itu dapat diselesaikan. Ekoran dari insiden itu, Allahyaraham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah menyerahkan kuasa eksekutif kepada Tun Razak yang mempengerusikan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN).
Akhirnya, pada 21 September 1970 tamatlah satu era apabila Allahyaraham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bersara dari jawatan Perdana Menteri Malaysia dan menerima pelawaan Raja Faizal dari Jeddah untuk menjadi Setiausaha Agung Seketariat Islam di Jeddah. Pada Perhimpunan Agung UMNO ke 22 pada 23-24 Januari 1971 Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj meletakkan jawatan Yang DiPertua UMNO dan Tun Razak disahkan sebulat suara sebagai penggantinya. Walaupun telah bersara, beliau menceburkan diri dalam bidang kewartawanan. Allahyaraham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj banyak menabur jasa dan mengharumkan Malaysia di peringkat antarabangsa.
Beliau mendapat anugerah-anugerah akademik dan sukan dari dalam dan luar negara di samping menerima darjah-darjah kebesaran. Sumbangan beliau merupakan suatu pengorbanan yang tidak terkata nilainya dalam sejarah politik negara. Tunku Abdul Rahman tidak pernah kelihatan sebagai seorang yang warak, namun idea-idea dan penglibatannya dalam aktiviti-aktiviti keagamaan telah mencetuskan pemikiran dan penubuhan institusi-institusi besar yang kekal hingga ke hari ini.Tunku Abdul Rahman banyak memberi sumbangan terhadap perkembangan agama Islam.
Beliau banyak melibatkan diri dengan usaha-usaha mengasas pertandingan menbaca al-Quran.Beliau pernah menjadi Presiden PertubuhanKebajikan Islam Malaysia (PERKIM) apabila persatuan itu ditubuhkan pada 20 Ogos 1960. Untuk mengeratkan hubungan diplomatik sesama negara Islam serta meningkatkan syiar Islam, Allahyaraham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah mengilhamkan negara menganjurkan Pertandingan membaca Al-Quran peringkat antarabangsa. Tradisi ini diteruskan sehingga ke hari ini. Acara ini merupakan hasil cambahan ilham Tunku, yang menganjurkan pertandingan peringkat negeri yang pertama di Kedah pada 1951.
Atas kebolehan dan daya usaha gigihnya,beliau berjaya meletakkan PERKIM sebagai sebuah pertubuhan yang terkemuka yang dan dihormati oleh semua negara Islam.Beliau talah dilantik sebagai Setiausaha Agung Sekreteriat Negara-negara islam di Jeddah yang pertama pada 9 Jun 1970. Tunku bukan saja berusaha keras untuk meninggikan imej Islam di Malaysia dan di rantau Asia tetapi juga di peringkat antarabangsa. Pada 1969, beliau membantu menubuhkan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), di mana beliau dilantik sebagai Setiausaha Agungnya yang pertama.
Seiringan itu, beliau telah mengusulkan penubuhan Bank Pembangunan Islam (IDB) sebagai satu institusi khusus dalam kerangka OIC. Tunku juga merupakan presiden Majlis Dakwah Serantau Asia Tenggara dan Pasifik (RISEAP) dari tahun 1982 hingga 1988. Sebagai seorang pencinta sukan, Tunku telah memperkenalkan kejohanan Pestabola Merdeka, yang merupakan pertandingan bolasepak antarabangsa. pada 1957. Pada tahun berikutnya, beliau telah dilantik sebagai president pertama Asian Football Confederation (AFC), jawatan yang disandangnya sehingga 1976. Walaupun Tunku Abdul Rahman dilahirkan di istana, beliau tidak direncanakan menjadi Sultan di negerinya, tetapi menjadi pemimpin kepada seluruh negara.
Di bawah pimpinan beliau,pertubuhan ini berjaya menark lebih 41 buah negara Islam menyertainya. Selepas bersara, beliau masih aktif dalam menyumbangkan tenaga demi perkembangan islam.Pada 18 januari 1980,Beliau telah dilantik menjadi Presiden Regional Islamic Council for Southeast Asia and The Pacific (RISEAP) yang pertama oleh perwakilan di persidangan Negara-Negara Islam. Segala jasa dan sumbangan yang beliau curahkan akhirnya membolehkan beliau mendapat penghargaan dari negara Pakistan dengan Anugerah hadiah Hijrah padabulan MAC 1983,dan Anugerah AL-Malik Faisal dari negara Arab Saudi pada tahun yang sama.Tunku Abdul Rahman adalah seorang pejuang islam yang sangat berjaya.
Taraf beliau selaku tunggak atau teraju utama sudah mampu membuktikan betapa berat tugas dan tanggungjawabnya. Dari sini, beliau telah banyak membawa manfaat pada perkembangan Islam. Tunku Abdul Rahman adalah seorang pejuang kemanusiaan yang tulen.Beliau juga seorang putera yang berjiwa rakyat. Ini terbukti apabila beliau sanggup menghantar misi pendamai dan keamanan ke Congo,Afrika yang dilanda peperangan saudara pada tahun 1961.Sebagai pemimpin PERKIM,beliau berusaha memberi bantuan kepada pelarian Kemboja yang memasuki Malaysia melalui kelantan pada tahun 1975.
Dengan bantuan Pertubuhan bangsa-bangsa bersatu,beliau menempatkan seramai 4,5000 orang pelarian di Pangkalan Chepa dan Cherating.Beliau telah membenarkan PERKIM cawangan kedah Darul Aman untuk menggunakan tanah kepunyaannya bagi mendirikan rumah anak-anak yatim dan orang-orang tua. Bangunan ini kemudian diberi nama Darul Aitam Wal Masakin Tunku Abdul Rahman Putra.Tunku Abdul Rahman memang terkenal sebagai dermawan bukan sahaja di tanah airnya malah di kalangan negara-negara yang lain. Jelas terbukti bahawa beliau adalah seorang insan yang humanis.
Beliau senantiasa bersedia untuk memberi bantuan kepada sesiapa sahaja tanpa mengira bangsa,agama,dan negara.Jasa dan usaha beliau yang tidak kenal putus asa akan senantiasa dikenang oleh semua rakyat Malaysia selama-lamanya. Ketika negara meraikan ulang tahun kemerdekaan yang ke -50 , renung pesanan daripada Perdana Menteri Pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra yang diluahkan 25 tahun lau melalui wawancara dengan Wartawan Bernama, Zakaria A. Wahab Sempenan Sambutan Jubli peral Kemerdekaaan Negara yang bertajuk “ Kenangan Seorang Negarawan” yang di rakamkan pada 0gos 1982.
Dalam wawancara tersebut secara terbuka mengeluarkan pendapat dan pandangannya terhadap soal-soal yang menyentuh kemerdekaan dan betapa besarnya ertinya kepada beliau dan rakyat negara ini. Beliau menyorot segala perubahan yang dialami negara seperti mengenai perpaduan kaum , keselamatan, dasar pandang ke timur,hubungannya dengan british, agama, raja-raja melayu, bangsa dan berbagai-bagai peristiwa suka dan duka yang kini menjadi kenangannya.
Seperti Ucapan Tunku Abdul Rahman di kediamannya sebelum ke London pada 9 Mei 1957 yang dipetik oleh Berita Harian( 2008) .
“Saya tidak syak lagi bahawa perundingan yang kira akan adakan pada kali ini kan dijalankan dengan perasaan muhibah antara satu sama lain. Dahulu, lepas daripada siniada berbagai-bagai permintaan daripada parti-parti hendak masuk campur sana dan hendak mengambil bahagian di dalam perundingan yang akhir ini. Saudara-saudari tentulah ketahuo , dari 12 Februari sampai bukan Mei ini, kita telah mengadakan perundinagan antara wakil-wakil Raja dengan Pesuruhjaya Tinggi dan pihak Perikatan dan baru sahaja kita mendapat fahaman yang baik dan dapat menyelesaikan perkara-perkara yang berselisih.”
Walau setinggi mana pencapaian beliau, Allahyaraham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj tetap seorang yang merendah diri dan sentiasa memikirkan kebaikan rakyat. Keperibadian beliau yang selalu merendah diri dan cepat mesra telah menarik ribuan pengikut dan sahabat, dan telah menghadiahkan Kemerdekaan kepada negara tanpa pertumpahan darah. Semangat kebangsaannya yang tidak pernah luntur telah membawa Tanah Melayu daripada sebuah jajahan Britain yang tidak dikenali hingga menjadi anggota baru dunia yang bermaruah. Allahyaraham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj meninggal dunia pada 6 Disember 1990 di Hospital Besar Kuala Lumpur dan disemadikan di Makam Di Raja Langgar, Alor Setar. Jasa-jasanya sebagai Bapa Kemerdekaan akan sentiasa dikenang setiap kali menjelang Hari Kebangsaan,
5.0 Kesimpulan
Tanggal 31 0gos 2008 ini menunjukkan genaplah 51 tahun negara kita mencatatkan kemerdekaa. Kemerdekaan yang selama ini kita ini impikan. Bagi generasi selepas merdeka sememangnya tidak mampu menandangi kegembiraan yang dirasai oleh rakyat sebelum merdeka. Tambahan lagi kita generasi yang lahir setelah Malaysia telah membentuk kemajuan yang pesat dan membangun.
Pengorbanan dan sumbangan Tunku Abd Rahman terhadap tanah air sememangnya tidak akan dapat dilupakan dan sebaliknya akan dikenang sampai bila-bila. Kebijaksanaan beliau dalam mengatur strategi dalam mewujudkan perpaduan terhadap rakyat dapat dilihat hari ini. Malaysia merupakan antara negara yang stabil dan aman dari aspek politik, agama dan sosial dan dilihat mampu bergerak setapak kehadapan menuju kemajuan wawasan yang digubal. Jika direnung kembali sejarah, usaha gigih pejuang negara ini menuntut kemerdekaan bersama-sama dengan pejuang negara yang lain eperti Dato Onn Jaafar, akhirnya membuahkan kejayaan.Segala penat lelah bertungkus-lumus dalam menentang penjajah tamat dengan amannya.
Seharusnya kita sedari kemerdekaan yang kita miliki ini bukanlah percuma tetapi memerlukan keazaman dan ketekunan para pejuang negara dalam menuntut daripada penjajah.Sekiranya tidak ada insan yang berani tampil seperti pejuang kemerdekaan ini, maka mungkin kita masih lagi hidup sebagai rakyat yang masih dijajah dan tidak bebas dalam membuat keputusan. Mungkin kita masih lagi hidup di dalam buangan dan tidak mampu berdiri di atas kaki sendiri. Pada Zaman kegemilangan Melaka dahulu, bangsa melayu dilihat sebagai warga yang bertamadun dan gemilang.
Selain itu, kita seharusnya sentiasa bersyukur kerana kemerdekaan yang kita kecapi setelah 51 tahun merdeka dapat kita pertahankan. Adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai anak bangsa generasi hadapan mengorak langkah dalam usaha memajukan bangsa dan negara dalam apa jua bentuk pembangunan tidak kira dari segi politik, kemajuan teknologi ataupun pembangunan modal insan kelas pertama seperti yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Kelima Malaysia Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi iaitu agar rakyat Malaysia menpunyai minda kelas pertama dalam semua bidang agar produktiviti negara dapat dijalankan dengan lebih sempurna dan lebih berkesan.

Salam lan.. bgus nya... dpt ilmu bru ku ttg nie. thanks ek.. :) gud luck my friend..
ReplyDelete