


Tahun 2009 telah bermula, ya aku berada disini di bumi kedah..setelah lapan bulan aku menyepi namun aku membuat keputusan untuk meneruskan kembali pengajian ku yang tergendala. Pada mulanya aku juga ingin terus saja berkerja, namun apabila aku berfikir masak-masak, jalan cerita mana yang harus aku pilih. maka aku memilih untuk teruskan. hidup ini sebenarnya umpama cerita, dan kita manusia adalah pelakon yang membawa watak itu, adalakanya kita memegang watak jahat, adalakalanya kita menjadi baik, adakalanya ceritanya berunsur jenaka ,gelak ketawa, manis umpama madu, namun kadang-kadang ia sedih, suram dan pahit seperti hempudu.
Namun hidup ini harus diteruskan, walaupun pahit atau manis cerita itu, kita harus memilihnya.Ya aku akuinya tahun 2008 yang lepas merupakan tahun yang sukar bagiku, banyak perkara yang aku lalui, sampai satu tahap aku rasa aku tak mampu hadapinya, namun berkat sokongan daripada kawan-kawan dan usaha gigih yang masih ada di dalam diri, aku teruskan juga cita-citaku untuk berjaya. memori kenangan 2008 tak akan aku lupakan sampai bila-bila, semestinya memberikan aku pengajaran dan tauladan serta mengenal erti usaha . Semasa di sekolah dahulu, ustaz ku selalu mengingatkan kami di kelas tentang makna gigih..seperti pepatah arab mengatakan " man jadda wa jadda" " maksudnya siapakah mengusahakan sesuatu itu dengan gigih, maka ia akan melihat hasilnya.perkataan keramat ini lah yang mejadi rahsia kejayaan aku selama ini, apabila pmr dahulu aku dinobatkan sebagai pelajar terbaik PMR antara sekolah dan berjaya memasuki sekolah berasrama penuh....tapi dulu. skg aku bergelar mahasiswa uum mengambil jurusan pengajian antarabangsa dengan pengkhususan undang-undang dan diplomat. bunyinya sahaja akan mengerunkan tapi hakikatnya ia biasa saja. bagiku degree ataupun ijazah ini hanyalah platform untuk mendapatkan pekerjaan. namun di sudut hatiku aku ingin membuka perniagaan sendiri nanti apabila aku telah berjaya grad.
Malangnya aku masih di sini, menghabiskan sisa hidupku di bumi kedah, ada beberapa subjek lagi yang perlu aku habiskan even kok-k pun harus aku tempuh pada semester ini. hahaha..mungkin ada yang tertawa pabila melihat post yang aku tulis nie.. namun inilah yang sebenarnya. Dalam pada itu, dalam penghujung bulan mac ini ramai kawan yang akan grad..ya tahniah buat mereka semua..ada yang mungkin sedang mencari pekerjaan dan ada yang mungkin dah melangsungkan perkahwinan.huhu.. sebut pasal kahwin nie aku pun tak sabar-sabar nak kahwin,cuma mungkin belum sampai jodoh....pada aku , aku ingin stabil dahulu , menpunyai kerjaya yang stabil, kewangan yang kuat, bantu keluarga dan memastikan adik-adik perempuanku semua sampai ke menara gading. Baru-baru ini aku dikejutkan dengan pencapaian terbaik oleh adikku norhidayah apabila dia mendapat keputusan yang terbaik iaitu 8 A 1B , aku bersyukur kerana keluarga kami menpunyai sejarah akademik yang cemerlang, bukan untuk memuji tetapi memang perkara yang amat membanggakan, walaupun ayah dan ibuku tidak menpunyai akademik yang tinggi, namun kami semua dikurniakan gen dan baka yang baik.aku amat bersyukur kepada Allah swt kerana dianugerahkan rezeki yang sangat bernilai daripada hartabenda. walaupun kami dikalangan keluarga yang sederhana, namun kami dilimpahi dengan kekayaan ilmu pengetahuan. Aku berazam pada diri sendiri akan mengubah hidup keluarga menjadi lebih baik. itulah yang menjadi matlamat dalam hidupku, cinta.. bagaimana pula tentang cinta. cinta adalah perkara kedua.namun mungkin ini bukan masanya untuk aku berkongsi tentang perkara yang membabitkan cinta...bersambung
Salam lan, sayu hati bc blog ko nie. good luck yea. aku sntiasa bg smgat kt ko. Chaiyok2!!!
ReplyDelete"Man Janna Wa Janna" :)
ek
ReplyDelete